Thursday, February 28, 2013

Keychain Nama Yang Sangat Popular



 

Assalamualaikum.. Akhirnya siap jugak keychain nama nih. Macam-macam nama dan macam-macam tema ada. Kesemuanya 35pcs. Tempahan dari Senawang. Memang tak menang tangan buat keychain nama nih, sebab semasa membuat nih ada sahaja urgent order yang diterima. Tapi tetap kena ikut Q, kita dahulukan sapa order dulu dan siapa yang bayar dulu, dia dapat dulu. Keychain nama nih jugak best produk selain sarung kotak tisu.

Monday, February 18, 2013

Tempahan Bunga Penanggah Dari Sg. Buloh


Tempahan bunga penanggah nih datangnya daripada Barliza dari Sungai Buloh nak guna untuk majlis kahwinnya bulan depan. Dia inginkan bunga penanggah sama macam yang saya buatkan untuk majlis kahwin maksu saya dulu cuma depannya tuh dia nak warna peach. Dah siap sebelum masuk wad lagi tapi tak sempat dipos, sebab masuk wad malam. Nak minta tolong orang tak percaya sangat, risau berlaku sebarang kesilapan. Hope suka dengan hasilnya ye. Selamat pengantin baru in advance dari saya =)

Wall Hanging Untuk Makcik


Wall hanging yang saya paparkan ini pula saya buatkan untuk makcik saya. Kali ini saya cuba untuk buat gabungan bunga walaupun nampak macam tak berapa sesuai tapi okla kot untuk beginner. Dalam tuh saya gabungkan bunga kemboja, carnation dan orkid. Semuanya belajar dari Puan Suzana yang tak lokek kongsi ilmu nih. Bukan senang nak buat tutorial step by step tau. Kat blog diariann pun ada share tutorial, bleh la jengguk-jengguk ye.

Wall Hanging Untuk Makngah



Kali nih saya nak tunjukkan sulaman yang saya buat untuk makngah plak, Saya buatkan sulaman bunga daisy dan bunga kemboja sahaja. Sulaman yang simple sahaja masih lagi mencari rentak untuk menyulam. Memang dah berhajat nak buatkan untuk mak-mak saudara setiap sorang satu untuk satu rumah. Yang ini untuk makngah tapi makngah nih dok promote plak kat customer dia sebab dia memang buka kedai kat rumah dia. Dah dapat order dah pun tapi belum buat lagi ikut turn ye. Thank makngah =)

Sulaman Reben Pertamaku



Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog nih. Last bulan januari. Hehe.. Maaf la kepada sesiapa yang berkunjung ke sini sebab sibuk sangat dan tetiba dapat demam panas dan kena tahan wad seminggu. Ada antara tempahan tak sempat diambil gambarnya sebab owner ambil malam masuk wad. So semuanya agak kelam kabut nak bagi barang dan siapkan barang untuk pergi hospital.

Gambar atas nih merupakan wall hanging sulaman reben yang pertama dari saya. Buat untuk rumah sendiri sahaja. Yang atas tuh yang pertama dan yang bawah hasil yang kedua dengan mencuba pelbagai bunga dalam satu wall hanging. Rasanya kalau saya gunakan pelbagai warna reben untuk yang kedua nih mesti hasilnya lagi daboom kot, tapi dek sayang dengan reben-reben so kita guna je satu warna sebagai permulaan.

 Sulaman reben atas nih adalah hasil pembelajaran dari buku Suzana Mustafa. Dah lama dah siap sebelum masuk wad tapi sekarang baru dapat update.

 
My Craft Zon powered by blogger.com
Design by Free7 Blogger Templates Simple Clean