Tuesday, October 8, 2013

Tutorial Jahitan Blanket Stich


Assalamualaikum.. Lamanya tak berupdate blog nih sejak sebelum raya aritu, nih dah nak sampai raya haji plak dah. Biasalah time puasa stop menjahit. Hanya sempat buat hanging pintu dan sulaman reben untuk bekas kuih raya je.

Tapi kali nih saya nak share berkenaan tutorial menjahit jahitan insang pari ataupun lebih dikenali sebagai jahitan blanket stich. Jahitan insang pari ini merupakan jahitan yang biasa digunakan oleh crafter yang terlibat dalam kraf felt.

Biasanya ada 2 sahaja jahitan yang digunapakai iaitu jahitan insang pari atau blanket stich nih dengan jahitan kia ataupun dikenali sebagai backstich. Kali nih kita belajar tentang blanket stich dulu ye, jahitan backstich lain masa saya buat lagi.


1) Sediakan barang-barang. 2 helai kain felt dan jarum. 


2) Mula-mula kita kepilkan dua kain felt bersama-sama. Kemudian cucukkan jarum di bahagian felt kedua dan tarik sampai habis benang.


3) Kemudian cucukkan jarum ke bahagian depan kain felt plak dan tarik benang tadi sampai terbentuk satu loop atau hole kecil macam gambar 3 (i) bawah nih


3 (i)


4) Lepas tu kita masukkan jarum ke dalam loop tadi dan tarik benang sampai habis.


5) Kemudian bawa jarum ke depan dan cucuk di sebelah jahitan yang pertama tadi. Cucuk dan ulang semua langkah yang dibuat pada step 3 dan 3 (i) tadi.


6) Masukkan jarum dalam loop. Kemudian teruskan jahitan sampai habis.


7) Teruskan jahitan sampai habis dan matikan jahitan dengan cermat.


( gambar jahitan blanket stich yang sudah siap )

Mudah-mudahan faham dan hope bermanfaat. :-)

2 comments:

puteri said...

cantiknye gambar. very clear. senang faham..
:)

eiela said...

terima kasih puteri. snap gambar tuh sorang2 je, kekok sikit

 
My Craft Zon powered by blogger.com
Design by Free7 Blogger Templates Simple Clean