Tuesday, October 8, 2013

Tutorial Jahitan Blanket Stich


Assalamualaikum.. Lamanya tak berupdate blog nih sejak sebelum raya aritu, nih dah nak sampai raya haji plak dah. Biasalah time puasa stop menjahit. Hanya sempat buat hanging pintu dan sulaman reben untuk bekas kuih raya je.

Tapi kali nih saya nak share berkenaan tutorial menjahit jahitan insang pari ataupun lebih dikenali sebagai jahitan blanket stich. Jahitan insang pari ini merupakan jahitan yang biasa digunakan oleh crafter yang terlibat dalam kraf felt.

Biasanya ada 2 sahaja jahitan yang digunapakai iaitu jahitan insang pari atau blanket stich nih dengan jahitan kia ataupun dikenali sebagai backstich. Kali nih kita belajar tentang blanket stich dulu ye, jahitan backstich lain masa saya buat lagi.


1) Sediakan barang-barang. 2 helai kain felt dan jarum. 


2) Mula-mula kita kepilkan dua kain felt bersama-sama. Kemudian cucukkan jarum di bahagian felt kedua dan tarik sampai habis benang.


3) Kemudian cucukkan jarum ke bahagian depan kain felt plak dan tarik benang tadi sampai terbentuk satu loop atau hole kecil macam gambar 3 (i) bawah nih


3 (i)


4) Lepas tu kita masukkan jarum ke dalam loop tadi dan tarik benang sampai habis.


5) Kemudian bawa jarum ke depan dan cucuk di sebelah jahitan yang pertama tadi. Cucuk dan ulang semua langkah yang dibuat pada step 3 dan 3 (i) tadi.


6) Masukkan jarum dalam loop. Kemudian teruskan jahitan sampai habis.


7) Teruskan jahitan sampai habis dan matikan jahitan dengan cermat.


( gambar jahitan blanket stich yang sudah siap )

Mudah-mudahan faham dan hope bermanfaat. :-)

Tuesday, July 2, 2013

Bunga Comel Untuk Hari Kantin


Bunga-bunga comel kembali lagi. Bunga-bunga nih dijadikan brooch. Brooch bunga comel nih untuk jualan hari kantin di sekolah kakcik esok.

Keychain Nama Budak Senaling


Tempahan keychain nama yang terakhir dah pun sampai kepada tuannya. Keychain nih ditempah oleh kawan-kawan kakcik dari SMK Senaling. Hope korang suka ye dik.

Monday, June 24, 2013

Wall Hanging Reben Warna Ungu

Pandangan dekat

Wall hanging reben
Akhirnya siap wall hanging sulaman reben untuk Shahirah nih. Dah lama dia order, tapi dok busy buat keychain nama tak berhenti-henti so buat ia tertangguh. Pilihan warna semuanya dia berikan pada saya untuk buat pilihan sendiri dan akhirnya bunga reben warna ungu menjadi pilihan. Macam biasa, reben kat atas wall hanging tuh tetap dijadikan trademark untuk wall hanging sulaman reben hasil tangan saya. Hope suka ye.

Keychain Gitar Warna Merah


Keychain gitar warna merah nih diorder oleh Syahirah. Dia order dua keychain menggunakan tema yang sama. Dah bleh dah main gitar, tapi takde bunyi ye. =p

Keychain Nama Member Isya


Keychain nama kawan-kawan isya lagi nih. Ada macam-macam nama dan macam-macam tema. Huruf pun warna-warni. Apa-apa pun hope suka ye. Blaja pandai-pandai.

Monday, June 10, 2013

Keychain Nama Kawan Si Kakcik


Ini pula tempahan keychain nama si adik bongsu, si kakcik. Ada 5 sahaja dan nak nama depan belakang. Hope suka.

Keychain Nama Dari Senawang Lagi


Ini plak tempahan keychain nama dari Senawang. Macam-macam nama ada diorder. Hope suka dan lepas nih tak ambil order lagi k. Nanti takut tak siap plak.

Keychain Nama Macam-macam Ada

 

 

     

Kali ini masih lagi tempahan keychain nama lagi. Ini tempahan keychain nama daripada kawan-kawan anak pakcik kat Shah Alam lagi. Selain keychain nama, diorang juga ada order keychain bear dan juga rama-rama. Tempahan terakhir yang diambil dari diorang.

Monday, May 27, 2013

Keychain Nama


Siap juga nih tempahan keychain nama dari Senawang. Tempahan keychain yang last sebelum masuk bulan enam beberapa hari lagi. Lepas nih nak stop kejap sehari dua dari buat keychain sebab nak alter baju. Ada tiga baju yang sedang menanti untuk disiapkan, dan dua pasang baju untuk dimanikkan. Hope dipermudahkanlah urusan.

Sunday, May 19, 2013

Huruf-huruf Siap Digunting

Huruf comel datang lagi. Dok mengunting huruf-huruf kecik nih untuk dijadikan keychain nama lagi. Ada lagi yang tak siap digunting, list senarai tempahan pun ada lagi yang tak diambil. Siapkan satu-satu dulu kang banyak-banyak serabut kepala.

Keychain Nama Untuk Cikgu


Sebahagian keychain nama yang disiapkan lebih awal sebab nak diberikan kepada cikgu tersayang sempena hari guru. Comel je budak bagi cikgu hadiah keychain nama nih.

Tuesday, May 14, 2013

Keychain Felt Nama dan Gitar



Semua keychain atas nih merupakan tempahan keychain dari Senawang. Dah sampai dah kat tuannya, hari isnin hari tuh berikan kepada makngah. Hope suka ye.

Wednesday, May 8, 2013

Keychain Yang Sudah Siap

Keychain yang ini pula tempahan dari budak-budak dari kawasan senawang pula. Dapat siap sebahagian sahaja. Ada lagi 30 keychain lagi dalam proses.

Koleksi Tempahan Keychain




Hadapan
Belakang
Kat atas nih merupakan koleksi tempahan keychain dari kawan-kawan anak pakcik di Shah Alam. Diorang nak keychain nama dengan pelbagai tema iaitu smiley, bunga dan buah-buahan. Ada juga yang menempah keychain bentuk love warna merah yang gambar bawah sekali dan mahu letak nama sendiri di belakangnya. Huruf yang boleh letak di sana terhad kepada 5 huruf sahaja ye.

Monday, April 29, 2013

Bunga Mekar Kecik Tempahan Kak Iza

Tempahan bunga mekar daripada Kak Iza nih berjaya membuat mood saya berbunga-bunga time membuatnya. Memang jenuh nak menguntingnya tapi bila dah dicantum dan digubah jadi sekuntum bunga kemudian diletakkan daun, seronok gila. Sangat comel bila disematkan di tudung. Bunga mekar nih saiz kecik dan boleh juga dijadikan bunga penanggah untuk majlis kahwin.

Tempahan Keychain Kawan Kakcik

 

 Tempahan keychain nama yang ini datangnya dari kawan kakcik pulak. Dia order dua keychain nama dan satu domokun warna purple. =)

Tempahan Keychain Cik Ana

 

Tempahan keychain nama lagi. Kali ini daripada pekerja warga Indonesia yang kerja kat rumah nih juga. Dia order untuk anak dia, nanti balik kampung bleh bagi anak katanya. Hope cik ana suka ye.

Sambungan Kraf Dari Felt



Siap sudah semua item untuk jualan. Bunga mekar yang ini tak sama macam yang ini, sebab saiz yang ini lebih kecil dan pastinya harganya pun lebih murah. Boleh dibuat brooch dan juga dijadikan bunga penanggah juga.

Monday, April 22, 2013

Hasil Kraftangan Dari Felt Craft

Angry Bird

Kereta
 

Bear & Rama-rama

Gitar
 
Kali nih saya pamerkan sebahagian kerja-kerja yang dibuat sepanjang diam sahaja. Ada lagi beberapa item yang tak siap, hope sempat siap menjelang 1 Mei nanti. Hope takde apa-apa yang menghalang sama ada dari segi small order atau pun dari segi kesihatan.

Keychain Nama Budak-budak Senawang Lagi


Semua keychain nama nih ditempah oleh budak-budak Senawang. Pilihan warna dan tema hiasan semuanya dibuat berdasarkan pilihan mereka sendiri. Moga puas hati dengan keychainnya ok.

Tuesday, April 9, 2013

Tempahan Keychain Nama Berkumpulan

 




 

Ini keychain nama tempahan budak-budak dari senawang dan juga kawan isya. Saya kumpulkan semuanya dalam satu entri sebab ianya berkaitan benda yang sama. So hope enjoy dengan keychain korang ye.

Sunday, March 24, 2013

Wall Hanging Reben Orang Senawang


 



Ketiga-tiga wall hanging sulaman reben atas nih merupakan wall hanging saiz s iaitu saiz paling kecil. Sulaman menggunakan ram bersaiz 6 inci. Tempahan diterima dari Senawang, akak nih nak letak di pintu bilik dan  mahu letak ucapan assalamualaikum dan nama di pintu bilik. Hiasan yang simple sahaja sebab ruang agak sempit, tak bleh nak letak lagi bunga.

 
My Craft Zon powered by blogger.com
Design by Free7 Blogger Templates Simple Clean