Saturday, December 29, 2012

Handphone Case Sulaman Reben Yang Pertama


Atas nih merupakan handphone case felt sulam reben yang pertama dari saya. Actually saja nak try buat handphone case dengan bunga reben, so jadilah seperti di atas hasil experiment saya. Sulaman reben yang dibuat bentuk sulaman bunga daisy sahaja. Handphone case ini telah dihadiahkan kepada kakak angkat adik saya sendiri. Hope dia suka, simple je tuh.

Friday, December 28, 2012

Handphone Case Tema Love


Item Name : Handphone Case Tema Love 
Item Code : HP 009 
Size : 7.5cm x 12cm 
Price : RM 8.00 

Handphone case tema love warna hitam, sangat menarik digabungkan dengan love dari warna merah pekat. Diserikan pulak dengan bunga-bunga kecik yang sangat comel.

Felt Aiskrim Cornetto


Item Name : Aiskrim Cornetto 
Item Code : KC 012 
Price : RM 3.00 each

Keychain atas nih ialah keychain aiskrim ala-ala cornetto sikit ye. Ada macam-macam perisa dan macam-macam rasa cuma perisa coklat sahaja tak ada. Tapi AWAS, yang ini tak boleh dimakan ye, hanya boleh dipandang dan dijadikan pengantung kunci sahaja. =)

Tuesday, December 25, 2012

Handphone Case Sekebun Bunga


Item Name : Handphone Case Sekebun Bunga
Item Code : HP 008 
Size : 7.5cm x 12cm 
Price : RM 8.00

Handphone case warna hijau nih saya bagi temanya sekebun bunga. Sebab apa? Sebab pemilihan handphone case tuh sendiri yang warna hijau dan diletakkan sekuntum bunga daisy warna pink. Dihiasi dengan jalinan lingkaran yang simple juga. Kalau berminat boleh juga order warna lain, boleh pilih warna di kod warna felt nih ok.

Cekak Bunga Kembang Semangkuk


Item Name : Cekak Bunga Kembang Semangkuk
Item Code : CK 003 
Price : RM 8.00

Cekak bunga cantik ke tiga dari saya nih, saya namakan sebagai cekak bunga kembang semangkuk. Bunga tuh kembang berbanding yang disisinya, so that why nama cekak tuh macam tuh. Sangat comel bila dikenakan atas kepala budak-budak comel. Nampak cantik dan manis je. Warna bunga boleh ditukar jugak ikut pilihan warna korang sendiri ye.

Monday, December 24, 2012

Cekak Matahariku


Item Name : Cekak Matahariku
Item Code : CK 002 
Price : RM 8.00 

Cekak cantik lagi nih. Kali ini dengan dengan design bunga matahari plak. Bunga matahari diapit dengan bunga comel warna pink di kedua-dua belahnya. Cekak yang digunakan juga bergigi dan berkualiti. Warna bunga boleh ditukar ye. Boleh bagitau nak tukar warna apa, rujuk menu kod warna felt untuk pilih-pilih warna.

Cekak Cantik Tema Biru Putih


Item Name : Cekak 1 
Item Code : CK 001 
Price : RM 8.00 

Cekak bunga biru nih sesuai untuk budak-budak kecik. Sangat sesuai dijadikan cekak untuk flowergirl bagi majlis-majlis perkahwinan. Cekak yang digunakan adalah bergigi dan berkualiti. Korang juga diberi pilihan untuk menukar warna bunga bagi disesuaikan dengan tema majlis.

Wednesday, December 19, 2012

Smiley Brooch



Item Name : Smiley Brooch  
Item Code : BR 005 
Price : RM 1.50 

Smiley brooch comel plak datang menyerang nih. Gambar smile dijahit dengan felt dan dalamnya diisi dengan fiber. Sangat sesuai untuk pada tudung or dijadikan hiasan letak kat beg pun cantik juga. .

Keychain Love Versi Baru


Item Name : Keychain Love 
Item Code : LV 002 
Price : RM 3.00 each 

Keychain love datang lagi lebih kurang macam keychain love comel yang ini jugak tapi kali ini keychain yang ini saiznya lebih besar daripada dulu. Sangat sesuai untuk dijadikan cenderahati atau doorgift untuk apa-apa majlis. Untuk bulk order digalakkan menempah awal-awal ye, dalam sebulan or dua bulan awal untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

Sunday, December 16, 2012

Keychain Nama Tema Love


Atas nih merupakan keychain nama double side tempahan saiful dari sungai buloh. Mahukan keychain nama dengan tema love. Actually ini merupakan kesinambungan daripada huruf comel in progress hari tuh. Dah selamat diposkan pada hari isnin yang lalu.

Sunday, December 9, 2012

Huruf Comel-comel In Progress


Sekarang nih saya dok leka menggunting huruf-huruf comel atas nih. Bila disusun tuh nampak sweet je kombinasi warna warni tuh. Insyaallah, bila dah siap jahit, esok dah bleh pos pada tuannya. Hope sabar menanti ye. =)

Handphone Case Rama-rama Dari Felt


Item Name : Butterfly Handphone Case 
Item Code : HP 007 
Size : 7.5cm x 12cm 
Price : RM 8.00 

Yang ini plak handphone case tema rama-rama. Terdapat 3 rama-rama kecik yang berterbangan di handphone case ini. Untuk handphone yang ini juga lining kertas gam di bahagian dalam dan menggunakan velcro sebagai closurenya ekh.

Handphone Case Tema Aiskrim


Item Name : Handphone Gambar Aiskrim  
Item Code : HP 006 
Size : 7.5cm x 12cm 
Price : RM 8.00 

Handphone case lagi nih. Kali nih temanya aiskrim plak, ilham daripada si kakcik makan cornetto. Nampak comel je aiskrim tuh kan. Untuk handphone case nih, macam biasa lining dalam dengan kertas gam dan velcro as closure. Kalau berminat bleh order ye, untuk remade. Ready made dah takde. Boleh request warna lain jugak.

Monday, December 3, 2012

Angry Bird Hp Case

Hp Case Merah

Hp Case Pink

Hp Case Kuning

Item Name : Angry Bird Handphone Case  
Item Code : HP 005
 Size : 7.5cm x 12cm 
Price : RM 8.00

Angry bird datang menyerang blog ini sekarang nih. Tapi dalam bentuk handphone case plak. Ada 3 pilihan warna iaitu merah, pink dan juga kuning. Boleh pilih nak yang mana satu. Bahagian dalam macam biasa di lining dengan kertas gam tebal bagi melindungi hp dan menggunakan velcro as a closure. 

Sekiranya ada yang berkenan nak order bleh hubungi saya at eiela86@yahoo.com or SMS to 017-2032503 untuk custome made balik. Yang ada nih dah sold out. Kena order dulu untuk yang baru. =)

Car Charm Untuk Kereta



Bhgn Depan

Bhgn Belakang


Item Name : Pengantung Kereta Petak (Car Charm Petak) 
Item Code : CH 001 
Price : RM 6.00 each.

Pengantung kereta petak nih kembali lagi. Car charm tertera kalimah Allah di belah hadapan dan Muhammad belah belakangnya. Sangat sesuai digantung dalam kereta. Kalau berminat nak order boleh juga minta untuk tukar warna ye.

 
My Craft Zon powered by blogger.com
Design by Free7 Blogger Templates Simple Clean