Monday, February 18, 2013

Sulaman Reben Pertamaku



Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog nih. Last bulan januari. Hehe.. Maaf la kepada sesiapa yang berkunjung ke sini sebab sibuk sangat dan tetiba dapat demam panas dan kena tahan wad seminggu. Ada antara tempahan tak sempat diambil gambarnya sebab owner ambil malam masuk wad. So semuanya agak kelam kabut nak bagi barang dan siapkan barang untuk pergi hospital.

Gambar atas nih merupakan wall hanging sulaman reben yang pertama dari saya. Buat untuk rumah sendiri sahaja. Yang atas tuh yang pertama dan yang bawah hasil yang kedua dengan mencuba pelbagai bunga dalam satu wall hanging. Rasanya kalau saya gunakan pelbagai warna reben untuk yang kedua nih mesti hasilnya lagi daboom kot, tapi dek sayang dengan reben-reben so kita guna je satu warna sebagai permulaan.

 Sulaman reben atas nih adalah hasil pembelajaran dari buku Suzana Mustafa. Dah lama dah siap sebelum masuk wad tapi sekarang baru dapat update.

0 comments:

 
My Craft Zon powered by blogger.com
Design by Free7 Blogger Templates Simple Clean