Thursday, September 27, 2012

Pendrive Case Untuk Pemenang

Assalamualaikum.. Lamanya tak berupdate blog nih. Maaf busy sangat-sangat, awalnya hari tu tak berapa sihat, dah sihat plak sikit dapat tawaran join booth dengan rakan crafter di facebook. So saya gunakan peluang yang ada untuk buat beberapa barang sebab barang ready made tak banyak. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar.. Atas nih merupakan pendrive case yang saya buat untuk pemenang giveaway ciktom. Ada beberapa brg lagi diberi tapi tak ambil pun gambarnya. Hope mereka suka dengan barang tersebut.

Monday, August 13, 2012

Baby Headband Untuk Si Comel



Item Name : Rose Headband
Item Code : BB HB 001
Price : RM17.00 each

Percubaan pertama untuk buat baby headband telah menjadi. Baby headband bunga rose untuk si comel. Cantik digayakan oleh si comel sempena raya nanti. Yang nih dah sold out, kalau berminat boleh order lagi ye.

Thursday, August 2, 2012

Kad Raya For Sale



Item Name : Kad Raya
Item Code : HRC 002
Size : 10.5cm x 15cm
Price : RM5.00 each

Yeap, saya sempat menyiapkan beberapa readymade kad raya hari tuh. Kad raya dari teknik quilling sahaja. Jom layangkan kad raya sebagai menzahirkan ucapan selamat berpuasa dan selamat hari raya kepada rakan-rakan korang semua.  Ada banyak lagi di SINI. Boleh tengok di menu kad raya for sale atas nih ye. Siapa yang berminat nak order bleh SMS saya ok.

Saturday, July 28, 2012

Wedding Card Dari Teknik Quilling



Item Name : Wedding Card
Item Code : WC 002
Size : 10.5cm x 15 cm
Price : RM 6.00

Kad ucapan perkahwinan yang simple dengan tema bunga. Saya buatkan 3 kuntum bunga dari quilling. Sebagai penyeri kad nih saya buatkan seekor ladybird dan juga seekor rama-rama juga. 

Kalau berminat nak menempah, boleh buat order, just email or sms je kat saya, ok.

Cupcake Comel Dari Felt



Item Name : Cupcake Comel
Item Code : KC 011
Price : RM 2.50 each

Siapa yang suka cupcake, mesti suka cupcake comel atas nih. Tapi AWAS ye, cupcake atas nih tak bleh di makan. Ia bukannya makanan tapi merupakan hasil kraftangan felt, keychain bentuk cupcake dari felt. Keychain nih dihias dengan manik-manik dan juga diletakkan mulut dan mata untuk menyerlahkan kecomelan cupcake nih. Ada pelbagai perisa ye, Ada perisa strawberry, blueberry, anggur, lemon dan oren.

Keychain nih sesuai jugak dijadikan doorgift untuk apa-apa majlis. Jika berminat nak order, contact saya ok, bleh email or sms je. 

 
My Craft Zon powered by blogger.com
Design by Free7 Blogger Templates Simple Clean