Saturday, November 19, 2011

Keychain Domokun


Item Name : Domokun
Item Code : KC 003
Size : 5cm x 5cm
Price : RM 3.50 each

Akhirnya berjaya jugak saya buat keychain domokun yang ini. Sebelum nih saya hanya buat mini domokun sahaja. Baru ada kesempatan buat nih. Lepas nih nak buat handphone case versi domokun plak. Tapi tak tau lagi bila, tunggu ada peluang dan ruang dulu.

Kalau ada sesiapa yang berminat nak order keychain domokun nih bleh la contact saya, emailkan kepada mycraftzon@gmail.com. Kalau nak mudah tengok hasil tangan saya yang lain, korang boleh la survey ecatalog saya di SINI

Friday, November 18, 2011

Sarung Kotak Tisu Liverpool

Pandangan Atas

Pandangan Depan

Pandangan Belakang

Pandangan Sisi

Item Name : Sarung Kotak Tisu Liverpool
Item Code : TBC 009
Size : 7cm x 12cm x 21cm
Price : RM 16.00

Kali nih tempahan sarung kotak tisu lagi dari peminat Liverpool. Sarung kotak tisu warna merah bertemakan bola. Akak nih nak bunga-bunga yang saya selalu buat tuh digantikan dengan bola dan disebelah tepinya letak nama Liverpool dan jugak di tepi lagi satu letak nama dia dengan kawan dia. Hehe. Makan nasi minyak jangan lupa jemput ek..

Berminat nak punya sarung kotak tisu macam nih jugak. Boleh email ke mycraftzon@gmail.com. Boleh customize order, nak letak apa-apa pun bleh. Saya ikut je..

Thursday, November 17, 2011

Ecatalogue - Catalog Saya


Alhamdulillah,, siap jugak semuanya. So macam saya bagitau sebelum nih, saya ada buat catalog untuk Mycraftzon. Sekarang dah siap dah catalognya. Catalog yang simple je yang penting templatenya menepati citarasa saya. Barang-barang di sini sama sahaja di catalog cuma di sana ia lebih kemas dan tersusun. Senang nak browse.

Kalau nak order pun senang yang penting ada item name dan code item je. Boleh jugak customized order , boleh pilih saiz nak besar ke kecik ikut pilihan korang sendiri. Saya jugak letak ecatalog saya di sidebar blog ini. Boleh la jengguk-jengguk ye. Happy browsing ok..

Tuesday, November 15, 2011

Pengumuman Penting



Wah,,busy sungguh dalam beberapa hari nih. Banyak sangat kerja. Sibuk dengan barang-barang kraf dan jugak catalog. Actually tengah buat catalog online dan catalog offline jugak nih. Tujuannya supaya senang nak berurusan dan memudahkan pembeli melihat barangan yang mereka ingini. Lagi pun saya pun terasa macam agak serabut sikit blog nih sebab kat sini macam-macam ada, bebelan pun ada.

So bagi memudahkan korang semua untuk buat pilihan saya buat catalog online sekali. Kedua-dua blog adalah sama je barangan, barang di sini saya update juga di sana, cuma ia lebih kemas sedikit di sana. Senang nak buat pilihan. So secara tak langsung saya akan buat sedikit penyelarasan di sini maknanya akan ada sedikit perubahan pada nama item dan juga kod item di sini . Maaf atas segala kesulitan.. =)

Saturday, November 12, 2011

Frame Birthday Untuk Sahabat


Inilah dia frame untuk kawan iaiatu kak Atie yang saya bagitau semalam. Saya hadiahkan frame nih sebagai penghargaan seorang kawan, dan jugak sebagai hadiah birthday dia. Frame yang simple, tak terlampau sarat dengan sebarang hiasan. Katanya dia suka dengan frame nih. Hehe boleh la letak gambar dalam tuh, mesti berseri.. =P

 
My Craft Zon powered by blogger.com
Design by Free7 Blogger Templates Simple Clean