Sunday, March 24, 2013

Wall Hanging Reben Orang Senawang


 



Ketiga-tiga wall hanging sulaman reben atas nih merupakan wall hanging saiz s iaitu saiz paling kecil. Sulaman menggunakan ram bersaiz 6 inci. Tempahan diterima dari Senawang, akak nih nak letak di pintu bilik dan  mahu letak ucapan assalamualaikum dan nama di pintu bilik. Hiasan yang simple sahaja sebab ruang agak sempit, tak bleh nak letak lagi bunga.

Saturday, March 16, 2013

Sarung Kotak Tisu Bunga Mekar Baity

Pandangan Depan

Pandangan Sisi
Sarung Kotak Tisu nih tempahan daripada Baity. Pilihan warna yang direquest adalah warna pink dan dihiasi dengan bunga comel. Tapi kali nih saya tukar ke bunga kembang mekar dan hias dengan deretan bunga comel warna putih tuh. Bagi nampak sweet saya letakkan ribbon satin warna pink dikedua-dua belah tissue cover nih. Selain itu saya jugak letakkan sew on jelly warna hitam dan love di tepi tissue cover. Dah selamat pun sampai kat tuannya nih. Thanks menempah ye.

Tuesday, March 12, 2013

Keychain Gitar Dari Felt






Item Name : Gitar

Item Code : KC014

Size : 7cm x 3.5 cm

Price : RM3.50

Keychain gitar comel-comel menyerang blog ini. Gitar nih sesuai digantung di beg sahaja ye, bukan untuk dibuat main dengan lagu. Gitar yang sangat laris jugak nih, cepat habis. Nampaknya kena buat ready made banyak-banyak sebagai stok di rumah. Untuk sesiapa yang berminat nak memiliki gitar nih bleh order ye. Untuk pilih warna bleh rujuk kod warna felt kat menu atas nih. 

Wall Hanging Tempahan Ustazah Khaimi




Kedua-dua wall hanging sulaman reben nih merupakan tempahan daripada ustazah Khaimi. Untuk bilik anak-anaknya. Agak risau juga nak ambil order hari tu sebab baru belajar tapi dia tak kisah, nak juga katanya. So itulah hasilnya. Dia nak letak nama sahaja untuk gantungan kat pintu bilik anak-anak daranya.

Keychain Nama Tempahan Kawan Isya

 

 Keychain nama yang ini plak ditempah oleh kawan-kawan isya. Pemilihan warna semua ditentukan oleh diorang. Ada macam-macam nama dan macam-macam tema.

Keychain Nama Kawan Kakcik

 

 Keychain nama tempahan kawan kakcik. Pilihan warna dipilih oleh pelanggan sendiri.

Tagname Untuk Majlis Perkahwinan


Ini ialah tagname untuk kegunaan majlis perkahwinan. Kali nih masih lagi order dari Baizura, order yang kedua dari dia. Yang pertama dia order 30 pcs bunga penanggah dan kini tagname untuk kegunaan ayah dan ibunya sendiri. Mudah untuk orang kenalpasti ibu dan bapa pengantin dalam ramai-ramai tu kan.

 
My Craft Zon powered by blogger.com
Design by Free7 Blogger Templates Simple Clean