Thursday, November 10, 2011

Pencil Case Adik

Pandangan Hadapan

Pandangan Belakang

Item Name : Big Pencil Case

Item Code : PSC 003

Size : 21cm x 12.5cm

Price : RM 13.00 each.

Pencil Case nih dah lama dah siap. Pensel case untuk adik Tahun Enam, bahagian depan letak nama dan sweet hello kitty dan bentuk love kembar tiga di belah belakangnya. Pencil case untuk tahun depan, naik Form One tahun depan dia dah tempah siap-siap, siap bagitau design dan warnanya sekali. Yang pastinya takde lagi dah huruf petak-petak, saya akan gunakan huruf yang standard selepas ini.

Tuesday, November 8, 2011

Thank You Frame Lagi


Item Name : Thank You Frame
Item Code : QF 001
Price : RM 10.00
Status : Upon Request (Atas Permintaan)

Thank you frame ni ditempah oleh Ain. Dia serahkan semuanya pada saya untuk buat susunan semuanya. Dia kata nak simple tapi cantik. So inilah hasilnya. Moga Ain dan kawannya puas hati dengan frame nih.

Thursday, November 3, 2011

Pendrive Case Warna-Warni



Pendrive Case warna warni nih ditempah oleh budak-budak UiTM jugak, kesemua nih order dari kawan Wanie. Ada seorang je yang nak ganjil, nak bentuk bulat, yang lain nak bentuk love. Semua pendrive nih saya lining dengan kertas gam di bahagian dalamnya. Kesemuanya dah selamat di pos pagi tadi. Hope mereka berpuas hati dengan pendrive nih.

Monday, October 31, 2011

Paper Shredder Saya

Pandangan Hadapan

Pandangan Atas

Bagi sesiapa yang biasa buat quilling, mesti korang ada benda dalam gambar nih kan? Untuk yang tak tau, inilah dia paper shredder, mesin kecik je nih. Biarpun kecik, tapi bukan sebarang kecik nih. Banyak jugak membantu. Kita masukkan kertas di bahagian atasnya dan ia akan potong kertas tuh menjadi kepingan paper stripe yang kecil bersaiz 3mm. Jika sebelum nih saya memotong helaian kertas menggunakan pisau, agak jenuh nak memotong paper stripe kertas bersaiz 3mm tuh satu persatu.

Tapi dengan adanya mesin kecil ini segalanya menjadi mudah. Actually saya ada survey paper shredder nih di beberapa pasaraya seperti giant, tesco tapi ianya agak mahal dan sizenya agak besar, saya nak yang kecik dan murah. Lepas survey-survey akhirnya jumpa, beli online je la nampaknya. Kepada sesiapa nak mendapatkan mini paper shredder nih boleh la berhubung dengan Rainbowchick Resources.

Friday, October 28, 2011

Kereta Kecil Batch Pertama


Ini adalah kereta kecil batch pertama yang saya buat dan ini jugak merupakan last batch untuk kereta kecil nih. Sebabnya selepas nih saya akan menggunakan size standard untuk kereta-kereta yang akan datang. Kereta kecil batch pertama nih jugak semuanya dah sold out. Kalau ada yang berminat nak kereta nih jugak boleh lah order ye, saya akan buat dengan size standard ok.

 
My Craft Zon powered by blogger.com
Design by Free7 Blogger Templates Simple Clean