Thursday, November 17, 2011

Ecatalogue - Catalog Saya


Alhamdulillah,, siap jugak semuanya. So macam saya bagitau sebelum nih, saya ada buat catalog untuk Mycraftzon. Sekarang dah siap dah catalognya. Catalog yang simple je yang penting templatenya menepati citarasa saya. Barang-barang di sini sama sahaja di catalog cuma di sana ia lebih kemas dan tersusun. Senang nak browse.

Kalau nak order pun senang yang penting ada item name dan code item je. Boleh jugak customized order , boleh pilih saiz nak besar ke kecik ikut pilihan korang sendiri. Saya jugak letak ecatalog saya di sidebar blog ini. Boleh la jengguk-jengguk ye. Happy browsing ok..

Tuesday, November 15, 2011

Pengumuman Penting



Wah,,busy sungguh dalam beberapa hari nih. Banyak sangat kerja. Sibuk dengan barang-barang kraf dan jugak catalog. Actually tengah buat catalog online dan catalog offline jugak nih. Tujuannya supaya senang nak berurusan dan memudahkan pembeli melihat barangan yang mereka ingini. Lagi pun saya pun terasa macam agak serabut sikit blog nih sebab kat sini macam-macam ada, bebelan pun ada.

So bagi memudahkan korang semua untuk buat pilihan saya buat catalog online sekali. Kedua-dua blog adalah sama je barangan, barang di sini saya update juga di sana, cuma ia lebih kemas sedikit di sana. Senang nak buat pilihan. So secara tak langsung saya akan buat sedikit penyelarasan di sini maknanya akan ada sedikit perubahan pada nama item dan juga kod item di sini . Maaf atas segala kesulitan.. =)

Saturday, November 12, 2011

Frame Birthday Untuk Sahabat


Inilah dia frame untuk kawan iaiatu kak Atie yang saya bagitau semalam. Saya hadiahkan frame nih sebagai penghargaan seorang kawan, dan jugak sebagai hadiah birthday dia. Frame yang simple, tak terlampau sarat dengan sebarang hiasan. Katanya dia suka dengan frame nih. Hehe boleh la letak gambar dalam tuh, mesti berseri.. =P

Friday, November 11, 2011

Kad Birthday Kak Atie



Item Name : Kad Birthday
Item Code : BC 001
Size : 10.5cm x 15cm

Kad birthday nih dah lama dah siap, dah sampai ke tangan tuannya. Saya buat untuk kawan masa belajar dulu, Kak Atie. Kad simple je lagi pun masih baru dalam quilling card nih.. Actually lambat tau pasal birthday dia nih.

Sebab tuh kat belah depan letak just for you je. Tapi belah dalamnya saya letak popup dengan tulisan happy birthday dengan dihias bunga-bunga comel kat situ. Saya jugak bagi dia frame, sebagai hadiah. Esok saya upload, ok.. =)

Tag 001




Item Name : Tag 001
Item Code : TG 001
Size : 9.5cm x 6cm
Price : RM 1.60 (buy >5 unit diskaun 20%)

Kali nih saya nak tunjukkan small tag plak. Kiranya yang nih kecil daripada quilling bookmark nih. Untuk small tag yang nih tak boleh letak tulisan yang panjang-panjang ikut kesesuaian tag la ye. Lagipun dia kecik je. Small tag nih jugak ada diskaun sebanyak 20% sekiranya korang buat pembelian sebanyak 5 keping ke atas.

Jika berminat boleh la order.

 
My Craft Zon powered by blogger.com
Design by Free7 Blogger Templates Simple Clean