Thursday, October 13, 2011

Brooch Bunga Comel


Item Name : Brooch Bunga Comel
Item Code : BR 001
Price : RM0.80 each.
Ini brooch kedua hasil tangan saya. Brooch yang sangat simple tapi cantik bila dipakai pada tudung, dan jugak baju korang. Brooch ini jugak sesuai untuk dijadikan apa-apa embelishment ikut kehendak korang semua. Saiznya pun comel je lebih kurang sebesar duit syiling RM0.50 je. Ada macam-macam warna, boleh request nak yang mana satu, warna pilihan boleh tengok kat SINI. Kalau berminat boleh isi order form atau email je ke mycraftzon@gmail.com ye.

Tuesday, October 11, 2011

Strawberry


Yummy,,sedapnya strawberry. Siapa yang tak suka strawberry kan? Nih saya hidangkan strawberry untuk korang nih. Tapi strawberry yang nih tak boleh di makan la. Actually ada project dengan semua strawberry nih. Nak tau apa? Tungguuu... Sampai masanya saya bagitau.

Monday, October 10, 2011

Couple Tag Name

Front View

Back View

Atas nih merupakan tag name lagi daripada Aein. Nih versi ekspress je siap nih sebab tukang order kata nak bawak pergi Melaka. Nak warna pink. So cepat-cepat siapkan. Warna dengan bulat-bulat kat belakang semua dia yang request. Hope suka..

Saturday, October 8, 2011

Keychain Bear Comel-Comel



Huhu bear comel datang lagi.. Leka membuat bear nih, ada lagi yang tak siap nih. Yang nih hanya separuh je. Separuh lagi on da way nak siapkan, nak hantar kedai hari isnin nanti. Sebenarnya semua bear yang kat atas nih adalah order daripada Kak Ani. Dia nak 10 ekor beruang comel yang berwarna-warni. Maka terhasillah beruang berwarna-warni kat atas nih. Hope dia berpuas hati dengan semua bear tuh.

Wednesday, October 5, 2011

Kad Segera Untuk Kawan.

Pandangan Hadapan

Pandangan di sebelah dalam

Siap jugak akhirnya kad nih. Pertama kali buat kad birthday nih, still mencari-mencari lagi identiti sendiri especially untuk hiasan di bahagian hadapan. Sekarang masih bermain-main lagi untuk menghasilkan kad yang agak memuaskan hati. Just a simple card daripada saya. Di bahagian dalamnya saya letakkan bunga-bunga di dalam bowl besar.

Actually kad nih saya buat untuk seorang kawan sempena birthday dia sebenarnya. Tau pun birthday dah terlewat, sehari sebelum birthday baru tau, cepat-cepat buat dan pos. So sampainya selepas birthday dia. Sehari je sampai, sebab rumahnya masih dalam area Negeri Sembilan jugak. Hehe. Hope dia berpuas hati dengan kad nih.

 
My Craft Zon powered by blogger.com
Design by Free7 Blogger Templates Simple Clean