Thursday, March 29, 2012

Pendrive Case Bulat-bulat

bhgn depan

bhgn blkg

Item Name : Pendrive Case Bulat-bulat

Item Code : PC 009

Size : 8cm x 3.5cm

Price : RM 4.00 each.

Pendrive case bulat-bulat warna merah plak. Yang ini still bahagian depannya saya buat bentuk love jugak. Cuma dibahagian belakangnya saya potong bentuk bulat separuh dan jahit menggunakan jahitan kia. Sebab tu nampak seolah-olah macam jahitan mesin. =)

Pendrive Case Tema Love

Bhgn Depan

Bhgn Belakang

Item Name : Pendrive Case Love-Love

Item Code : PC 008

Size : 8cm x 3.5cm

Price : RM 4.00 each.

Pendrive case tema love nih saya buatkan kepingan-kepingan love yang digunting separuh-separuh dibelakangnya. Menggunakan kain felt yang berlainan warna. Kalau berminat boleh order ye.

Pendrive Case Kotak-Kotak

Bhgn Depan

Bhgn Belakang
Pendrive versi baru juga nih, tema kotak-kotak. Belakang pendrive nih saya letak bentuk kotak-kotak yang berwarna warni. Warna dasar boleh tukar ye. 

Item Name : Pendrive Case Kotak-kotak

Item Code : PC 007

Size : 8cm x 3.5cm

Price : RM 4.00 each.

Wednesday, March 28, 2012

Maaf - Peringatan Untuk Diri Sendiri


Manusia takkan lari dari kesilapan kan? Saya pun sama nih, pertama kali berlaku dek kecuaian diri sendiri. Maybe sebab terkocoh-kocoh mengejar masa so terlupa nak tengok segala. Hope lepas nih janganlah berlaku lagi. Mujur tak berlaku kat budak-budak tuh. Salah sendiri jugak sebab terlupa nak potong benang dan jarum yang digunakan untuk buat bantal dadu nih. Maaf sangat-sangat kat pusat sains dan kreativiti terengganu. Lepas tengok pin cushion memang kurang jarum satu, jarum favourite saya takde lagi. Huhu. Kes nih jadi peringatan jugak nih untuk diri sendiri juga. Mohon maaf atas kesilapan tuh, moga-moga tangan tuh tak apa-apa. =)

Bantal Bentuk Dadu


Bantal bentuk dadu dari felt saiz 35cmx35cm. Memang besar saiz dadu nih. Awalnya nak buat bulat-bulat tapi bila tengok warna kainnya pelbagai untuk setiap sudut so saya tukar ke nombor. 100% handmade.

Thursday, March 22, 2012

Angry Bird Dah Siap


Keychain angry bird yang dalam proses sebelum nih dah siap dah. Kembung-kembung semuanya kekenyangan. Nampak garang dan menggoda pandangan mata. Huhu. Mencabar jugak buat angry bird nih sebenarnya, tapi bila dah semuanya geram plak. Hope budak-budak KEMAS nih suka la dengan angry bird nih.

Wednesday, March 21, 2012

Burung Marah Dalam Proses Pembuatan


Inilah dia work in progress sekarang. Sejak semalam dah mula buat benda baru, mengunting mencantum dan menjahit. Buat angry bird nih, ekor tak letak lagi. Tempahan untuk budak KEMAS. Kalau boleh nak siapkan hari nih jugak. Hope boleh settle semua order cepat-cepat. Nanti dah siap saya tunjuk lagi kat blog nih ok.

Monday, March 19, 2012

Keychain Nama Yang Terakhir





Atas nih merupakan barisan keychain nama yang last saya buat semalam. Tempahan yang terakhir untuk keychain nama dan hari nih dah start buat benda baru tempahan orang lain plak. Nanti saya share lagi ye. 

Saturday, March 17, 2012

Gitar Kapak Cupcake Hangus




Huhu sesi release la nih, penat menjahit keychain nama so saya berhenti kejap dengan menghasilkan creation baru untuk blog nih. So terhasillah gitar kapak dan cupcake hangus tuh menggunakan lebihan felt je. Walaupun hangus tapi still cute kan. =) Bleh sambung semula kerja tergendala nih.

Thursday, March 15, 2012

Keychain Nama dan Domokun



Keychain nama dan domokun nih datang lagi.. memang ramai peminatnya nih. Hope suka dengan order ekh. =)

Monday, March 12, 2012

Keychain Nama Lagi..





Keychain nama lagi nih, tempahan dari kawan-kawan adik. Warna semua diorang yang pilih, saya just ikut je apa yang diorang mahu. Macam-macam nama ada, ada yang nak letak nama depan belakang, dan ada jugak yang nak letak nama belah depan je. So hope enjoy..

Saturday, March 10, 2012

Keychain Nama Nada & Ricky


Depan

Belakang
Tempahan keychain nama lagi. Yang nih ada nama di bahagian depan dan belakang keychain. Keychain Justin Bieber tuh hanya belah depan je dan kosong di belah belakang. Yang shafiza dan ricky tuh ada request nak letak nama nada dan fifi. 

Thursday, March 8, 2012

Keychain Nama Felt Lagi





Keychain nama secara bulk lagi.. Huhu tak tau nak kata apa, saya sampai loya-loya buat keychain nih . Buat benda yang sama je setiap hari. Gunting huruf kecik-kecik tuh paling mencabar sekali nak buat tapi saya suka.. nampak comel. Bila dah siap, kepuasan tuh rasa berbaloi.. Thanks kat korang yang order. Bulan depan akak buka order, order lagi ekh. 

Monday, March 5, 2012

Bulk Order Keychain Nama





Kali nih tempahan budak-budak sekolah lagi. Bulk order kali ke berapa saya pun dah tak ingat. Memang banyak diorang tempah, syukur rezeki dari Allah. Semoga diorang suka dengan hasil tangan saya nih.

Keychain Nama Untuk Sepupu



Keychain nih kepunyaan sepupu saya. Semuanya perempuan. Memang riuh rumah kalau diorang balik, rambang matanya tengok barang-barang. Happy tengok diorang bila diorang suka keychain nama nih.

Saturday, March 3, 2012

Pendrive Case Alia

Bahagian Hadapan 


Bahagian Belakang


Bahagian Depan

Bahagian Belakang

Pendrive case dua atas nih merupakan ready made ye. Telah dibeli oleh Alia. Tema pendrive nih warna biru tuh air love dan hijau plak happy flower. Letak je nama nih, senang nanti nak bezakan bila ada yang order. 

Kalau berminat boleh tengok di catalog saya untuk dapatkan nama dan code item ok.. 

Friday, March 2, 2012

Reben Dari Fabric


Kali nih saya nak share hasil kraf yang dibuat oleh kawan saya sendiri. Hasil kraf dari fabrik berbentuk reben. Sesuai untuk dijadikan brooch ataupun sepit rambut nih. Kalau berminat boleh order ekh. 

Email sahaja ke mycraftzon@gmail.com

Thursday, March 1, 2012

Tempahan Nunizairah


Tempahan keychain nama lagi.. Kali nih keychain dengan nama NUNIZAIRAH, tempahan daripada empat sekawan. Actually keychain nih merupakan gabungan nama diorang. Diorang pilih warna pink sebagai warna latar dan huruf plak warna hitam. 

 
My Craft Zon powered by blogger.com
Design by Free7 Blogger Templates Simple Clean