Monday, November 26, 2012

Bunga Kembang Mekar Pelbagai Guna


Item Name : Bunga Kembang Mekar 
Price : RM3.50 

Bunga di atas nih sudah tersedia dilengkap dengan daun dan saya namakan ia sebagai bunga kembang mekar, sebab nampak comel dan mekar je kembangnya tuh. Kehadiran manik pearl di tengah bunga berjaya menaikkan lagi seri bunga ini. Bunga nih sesuai dijadikan bunga pin pada tudung, bunga pada hairclip, headband dan apa-apa yang bersesuaian. Dijadikan bunga rozet or bunga penanggah pun sesuai juga.

Semuanya 100% jahitan tangan ye, takde guna gam pun.  Dibuka juga untuk borong jugak. Sesiapa yang berminat nak order jangan segan-segan hubungi saya ye.

Sunday, November 25, 2012

Bunga Penanggah Majlis Perkahwinan


Item Name : Bunga Penanggah 
Price : RM 2.50 

Bunga diatas nih merupakan bunga penanggah untuk majlis perkahwinan. Bunga penanggah atau bunga rozet or corsage flower ini biasanya dipakai ketika majlis perkahwinan oleh keluarga, kaum kerabat dan juga individu-individu yang banyak membantu menjayakan sesebuah majlis perkahwinan. Bunga ini dipakai bertujuan untuk membezakan keluarga pengantin dengan orang ramai yang datang.

Warna bunga rozet atau bunga penanggah atas nih boleh ditukar mengikut warna tema majlis jugak ye. Bleh rujuk kod warna felt di atas untuk memilih warna yang available. Sekiranya berminat nak order jangan segan hubungi saya, eiela86@yahoo.com OR sms to 017-2032503 =)

Friday, November 23, 2012

Baby Headband Bermanik



Item Name : Baby Headband Bermanik 
Price : RM 8.00 

Baby headband terbaru. Kini headband baby nih dihiasi dengan sebutir manik mutiara untuk menghiasi keindahan kuntuman bunga di headband nih. Bunga yang simple tapi mampu menyerikan kepala si comel tersayang.

Baby Headband 3 Bunga


Item Name : Headband 3 Bunga 
Price : RM12.00

Headband baby dengan 3 kuntum bunga yang melatari headband sangat cantik digayakan oleh si comel. Kehadirannya mampu membuatkan si comel anda bertambah cute. Apa lagi grab sekarang sebelum ianya still lagi menjadi milik anda. Stok adalah terhad.

Colorful Baby Headband


Item Name : Headband Bunga Daisy 
Price : RM 12.00 

 Baby headband yang ini jenis colourful ye. Ada macam-macam warna pada headband nih. Ada warna kuning, hitam, oren, putih dan juga biru. Nak request warna ikut pilihan sendiri juga digalakkan. Just refer kod warna felt di menu atas nih je.

Thursday, November 22, 2012

Bebunga Quilling Yang Simple





Item Name : All Occasion Card 
Item Code : QC 003
Size : 10.5cm x 15 cm 
Price : RM 5.00

Demam kad quilling datang lagi. Kali nih still dengan bebunga simple tapi cantik. Sangat comel apabila dibuatkan border tuh. Nampak terletak dan sedap mata memandang. Kad nih sesuai untuk apa-apa sahaja tak kira untuk birthday, anniversary or anything else. Jika berminat boleh order ye.

Sunday, November 18, 2012

Ros Dari Felt


Akhirnya berjaya juga saya buat kuntuman ros nih sendiri. Main gulung-gulung je ikut tutorial dari internet. Tapi tak berapa cantik hasilnya, tak bleh lawan lagi bunga ros yang dihasilkan menggunakan bigshot. Walaupun tak berapa cantik, still ada rupa rose kan? Satu pencapaian jugak tuh. =)

Saturday, November 17, 2012

Sweet Birdie Dari Felt


Item Name : Birdie
 Item Code : KC 011 
Price : RM 2.50 each

Ini merupakan birdie atau burung comel dari saya. Segalanya handstich ye, daripada jahitan tangan. Burung-burung comel nih sesuai dijadikan hp chain atau keychain. Untuk custome made boleh pilih warna juga.

Wednesday, November 14, 2012

Tempahan Keychain Nama Dari Penang



huruf comel 

Alhamdulillah siap jugak keychain nama nih. Suka buat huruf kecik-kecik nih, nampak rumit tapi seronok membuatnya especially bila dah siap jadi keychain macam kat atas tu. Actually keychain nih tempahan daripada Kak Muni dari Penang. Dia order 28 keychain nama yang mana soal warna dan tema diserahkan segalanya kepada saya. Katanya yang penting cantik. So gambar smiley nih menjadi pilihan saya, nampak comel bila dikumpul banyak-banyak. Hope suka..

So kepada sesiapa yang nak order keychain nama comel-comel macam nih jugak jangan segan-segan hubungi saya. TQ

Thursday, November 8, 2012

Headband Baby Bunga Daisy


Item Name : Headband Bunga Daisy 
Price : RM 12.00 

Headband bunga daisy huhu sesuka hati je bagi nama kat bunga nih. Headband nih sesuai untuk dijadikan hiasan kepala baby dan juga budak-budak kecik. Headband yang sangat comel dengan dihiasi sekuntum bunga daisy. Warna bunga boleh request untuk tukar lain ye. Boleh juga request untuk letak nama pada headband, bagitau nak huruf besar atau huruf kecik. Harga sama sahaja.

Kalau berminat boleh order, just email to eiela86@yahoo.com or sms to 017-2032503

Wednesday, November 7, 2012

Keychain Nama Penghujung Persekolahan




Keychain nama di hujung persekolahan. Semua keychain nama nih dah sampai dah kat ownernya semalam. Hope suka..

Tuesday, November 6, 2012

Kad Quilling Bunga Warna Hijau




Item Name : All Occasion Card 
Item Code : WC 002 
Size : 10.5cm x 15 cm 
Price : RM 5.00

Kad dari teknik quilling lagi. Tema masih lagi bunga-bunga. Suka betul buat bunga tuh especially the fringging flower. Nampak bloom je. Sesuai untuk apa-apa ucapan for all occasion. Dalamnya ada lagi selapisan kertas untuk ruang menulis ucapan. 

Friday, November 2, 2012

Bantal Love Pillow Dayah Taiping



Bantal felt pillow bentuk love kembali lagi. Bantal nih tempahan dari Hidayah dari Taiping. Actually tempahan nih dah selamat sampai pun pada tuannya dua hari sebelum raya aidiladha baru nih. Alhamdulillah, tuannya suka. Bantal comel nih sesuai untuk dijadikan bantal hiasan di kereta, hadiah perkahwinan, hadiah birthday etc.

Kad Quilling Warna Pink




Item Name : All Occasion Card
Item Code : WC 002
Size : 10.5cm x 15 cm
Price : RM 5.00


Kad atas nih dari teknik Quilling tema bunga. Kad yang simple sahaja dengan background warna pink. Sangat sweet dan dihiasi dengan 3 kuntum bunga yang simple. Kad yang sesuai untuk apa-apa tema dan ucapan.

 
My Craft Zon powered by blogger.com
Design by Free7 Blogger Templates Simple Clean