Saturday, July 28, 2012

Wedding Card Dari Teknik Quilling



Item Name : Wedding Card
Item Code : WC 002
Size : 10.5cm x 15 cm
Price : RM 6.00

Kad ucapan perkahwinan yang simple dengan tema bunga. Saya buatkan 3 kuntum bunga dari quilling. Sebagai penyeri kad nih saya buatkan seekor ladybird dan juga seekor rama-rama juga. 

Kalau berminat nak menempah, boleh buat order, just email or sms je kat saya, ok.

Cupcake Comel Dari Felt



Item Name : Cupcake Comel
Item Code : KC 011
Price : RM 2.50 each

Siapa yang suka cupcake, mesti suka cupcake comel atas nih. Tapi AWAS ye, cupcake atas nih tak bleh di makan. Ia bukannya makanan tapi merupakan hasil kraftangan felt, keychain bentuk cupcake dari felt. Keychain nih dihias dengan manik-manik dan juga diletakkan mulut dan mata untuk menyerlahkan kecomelan cupcake nih. Ada pelbagai perisa ye, Ada perisa strawberry, blueberry, anggur, lemon dan oren.

Keychain nih sesuai jugak dijadikan doorgift untuk apa-apa majlis. Jika berminat nak order, contact saya ok, bleh email or sms je. 

Kereta Comel Di Jalan Raya


Item Name : Cute Car
Item Code : KC 011
Price : RM 2.50 each

Cute car atas nih boleh dijadikan sebagai pengantung kunci ataupun digantung pada handphone. Agak rumit nak buat nih sebab kecik-kecik je nak potong kena teliti. Tapi bila dah siap, suka. Kalau ada yang berminat boleh contact saya k.



Thursday, July 26, 2012

Keychain Rama-Rama Dari Felt


Item Name : Rama-Rama Cantik
Item Code : KC 010
Price : RM 2.50 each

Rama-rama cantik dan comel datang menyerang blog ini nampaknya. Itu merupakan hasil tangan terbaru saya. Keychain bentuk rama-rama dari felt. Baru-baru pun dah 3x buat juga la. Buat sikit-sikit cepat habisnya. So sekarang dah ada ready stock sikit-sikit. So, bagi sesiapa yang berminat bleh order ye. 

Wednesday, July 25, 2012

Keychain Love Comel


Item Name : Love Comel
Item Code : LV 004
Size : 4.0 cm x 4.5 cm
Price : RM 2.50 each

Comel tak love kat atas nih. Bentuk love kesukaan saya nih, kecik-kecik je. Comel dan gebu. Lepas nih maybe saya akan buat bentuk love design macam nih sahaja. Sesuai dijadikan doorgift atau apa-apa yang bersesuaian lah. Kalau ada yang berminat bleh order dengan saya ye.

Monday, July 23, 2012

Sazalina Second Giveaway



Hai.. Kali nih saya nak join giveaway daripada Sazalina plak. Second giveaway by Sazalina nih. Actually Sazalina nih seorang crafter yang buat quilling jugak. Dia buat card dan juga guestbook. Saya suka tengok guestbooknya, cantik-cantik. Kepada para bakal pengantin yang inginkan gestbook yang cantik-cantik dan kemas hasilnya boleh melawat ke blog Sazalina nih. Untuk sesiapa yang berminat nak join giveaway nih bawah nih merupakan hadiah-hadiah yang bakal korang peroleh.

1. 20 pcs of 12" x 12" patterned paper
2. 30 pcs of 6" x 6" patterned paper
3. Various length of flower ribbons
4. Various length and size of ribbons (satin, grosgrain etc)
5. Die cut aplhabates
6. Paper embosser
7. sequins and beads
8. Contemporary Cardmaking book

Menarik kan? Apa lagi jom ramai-ramai join second giveaway dari Sazalina nih sebelum 31 Julai nih.

Friday, July 20, 2012

Bantal Love Felt Untuk Tasha

Bhgn Depan

Bhgn Belakang


Atas nih merupakan tempahan bantal love dari felt nih ditempah oleh Tasha lagi. Tempahan yang last saya tunjukkan sebelum bulan Ramadhan. Selepas nih hanya akan ditunjukkan ready made sahaja. Saya tak terima lagi tempahan mulai esok dan tempahan hanya akan dibuka pada bulan September bagi memberi laluan untuk berniaga kuih raya dan buat check up sejurus selepas raya. Selamat berpuasa..

Wednesday, July 18, 2012

Keychain Nama Best Friend Forever




Keychain nama atas nih sekali lagi tempahan keychain daripada kawan-kawan dina. Macam biasa semua pemilihan warna diorang yang pilih. Nanti ambil ye. =)

Monday, July 16, 2012

Tempahan Keychain Nama Pelbagai Tema

Keychain Nama Tema Epal


Keychain Nama Tema Bunga-Bunga

Keychain Nama Tema Buah-buahan

Keychain Nama Tema Love

Longgokan Keychain Nama
Siap juga tempahan keychain nama nih. Ditempah oleh kawan-kawan isya, banyak juga dalam 30 pcs semuanya. Warna keychain kebanyakan ditentukan oleh diorang sendiri juga. Tema macam-macam, ada tema bunga, love dan jugak buah-buahan. Hope suka ye.

Jika berminat nak menempah boleh email or sms je, ok. 

Sunday, July 8, 2012

Keychain Nama Tema Bunga Lagi


Keychain nama bunga-bunga tempahan kawan Dina lagi. Yang nih ditempah masa kenduri tahlil arwah abah hari tuh. Dah siap dan dah bagi pun kat si penempah semalam. =)

Friday, July 6, 2012

Keychain Nama Tema Bunga Dan Buah-buahan

Keychain Nama Tema Bunga

Keychain Nama Tema Buah-Buahan

Lama dah tak berupdate blog nih. Agak malas sikit, takde mood sebab abah dah meninggal dunia. Tapi mulai dua hari lepas, saya dah start buat kerja, mengunting-gunting huruf lagi. Actually keychain nama tema bunga dan keychain nama tema buah-buahan atas nih ditempah oleh kawan-kawan anak pakcik di Shah Alam. Diorang sendiri yang tentukan warna keychain nih. Dah siap dan dah sampai pun ke tangan diorang semua. Harap suka ye.

 
My Craft Zon powered by blogger.com
Design by Free7 Blogger Templates Simple Clean