Tuesday, June 26, 2012

Keychain Nama Bunga-Bunga Kawan Dina


Alhamdulillah, akhirnya siap jugak keychain nama tema bunga nih. Ini antara nama-nama daripada huruf-huruf comel yang saya gunting hari tuh. Separuh daripadanya dah siap dan sudah pun dihantar kepada pemiliknya semalam. Ada separuh lagi belum siap, esok siaplah.. 

Kalau ada yang berminat nak order keychain nama nih jangan segan-segan contact saya ok. =)

Sunday, June 24, 2012

Huruf-Huruf Comel Dari Felt


Inilah dia kerja saya buat beberapa hari nih. Dibuat guna gunting sahaja tak guna bigshot pun. Yang atas nih ada separuh sahaja, semuanya 50 nama yang nak kena buat. Banyak huruf yang perlu digunting dan berwarna-warni. Ada separuh dah siap dah esok nak dihantar kepada tuannya. Hope sabar menanti ye.

Saturday, June 23, 2012

Giveaway ZF Craft Corner



Kali nih saya nak join giveaway daripada ZF Craft Corner plak. ZFCC nih menyediakan perkhidmatan membuat guestbook dan kotak untuk doorgift majlis-majlis istimewa. Bagi sesiapa yang mencari sesuatu yang istimewa untuk majlis istimewa, bleh la terjah ke ZF Craft Corner nih. Memang berbaloi untuk dimiliki. Bagi sesiapa yang berminat nak memeriahkan lagi giveaway nih jom ramai-ramai join kat SINI. Cepat-cepat giveaway nih berakhir pada 30hb jun nih tau. 

Sunday, June 17, 2012

Bantal Love Felt Lagi

Bhgn Depan

Bhgn Belakang

Bhgn Depan

Bhgn Belakang
Love pillow dari felt datang lagi. Kali nih diorder oleh Lisa dan sorang lagi kawannya. Diorang nak letak nama dan nak simple sama macam yang dulu.

Untuk lihat size dan harga satu bantal nih boleh tengok di Catalog Saya ok. =)

Tuesday, June 12, 2012

Handphone Case Maksu Fidah

Bhgn Depan

Bhgn Belakang

Bhgn Dalam (lining dgn kertas gam)


Item Name : Handphone Case Bunga-bunga

Item Code : HP 004

Size : 6.5cm x 11cm

Price : RM 6.00

Handphone nih ditempah oleh adik acik Sal. Dia nak tema bunga kecik-kecik. Kali nih saya buat pembaharuan sikit di dari segi penutupnya tak penuh pun macam handphone case Alia nih, sebab request dari customer nak sarung tuh terbuka sikit, senang nak gantung letak tali.

 Sarung hp nih muat untuk isi handphone saiz kecil macam nokia xpress music etc yang sewaktu dengannya. Macam biasa bahagian dalam handphone case nih saya lining dengan kertas gam keras untuk memelihara keselamatan handphone korang.

So kalau berminat boleh order ye. =)

Friday, June 8, 2012

Handphone Case Alia

Bahagian Depan

Bahagian Belakang

jarak dekat (blkg)

Bahagian Depan

Bahagian Belakang

Size : 7.5cm x 12cm

Price : RM 8.00

Handphone case ini diorder oleh Alia. Dia nak dua buah handphone case warna hitam dengan tema love dan pink dengan tema bunga. Size handphone saya buatkan standard size. Pilihan warna dia sendiri yang pilih, saya just buatkan sahaja. 

Monday, June 4, 2012

Keychain Nama Comel Lagi


Kali nih tempahan keychain nama nih daripada kawan-kawan anak pakcik dan Dina. Pemilihan warna diorang yang pilih sendiri. Hasilnya pun tak mengecewakan. 

 
My Craft Zon powered by blogger.com
Design by Free7 Blogger Templates Simple Clean