Thursday, May 31, 2012

Barisan Tempahan Maksu

Sarung kotak tisu (RM 16.00 each)

sarung kotak tisu  (RM 16.00 each)

Pengantung kereta (car charm) (RM 6.00 each)

Sepit rambut (RM 3.00  each)

Angry bird ( RM 3.50 each )


Inilah dia tempahan maksu hari tuh, satu per satu ditunjuk kat sini. Sepit rambut tunjuk separuh je tak reti nak edit tang mana dah. Ada sarung kotak tisu warna purple dan biru, car charm, keychain angry bird dan sepit rambut. Kalau ada mana-mana yang berkenan nak order boleh order k. Warna boleh pilih sendiri. 

Tuesday, May 29, 2012

Tempahan Maksu


Inilah dia tempahan yang berjaya disiapkan dalam minggu lepas. Tempahan dari mak saudara. Ada 2 sarung tisu, 8 biji keychain angry bird, 24 pasang sepit rambut dan 2 pengantung kereta. Hope suka.. Nanti saya upload satu-satu ok. 

Wednesday, May 23, 2012

Domokun Yang Pertama dan Terakhir


Item Name : Felt Domokun
Size : A4 size
Price : RM23.00 each

Akhirnya siap juga domokun dari felt permintaan Tasha nih. Mula-mula dapat order takut nak buat sebab dia nak bersaiz besar dan felt yang sedia ada tak sesuai untuk buat plushie, kena order yang lain jenis lembut tapi dia nak juga sebab nak pindah ke KL. So saya buatkan juga, yang pastinya ini domokun yang pertama dan terakhir dari saya. 

Sunday, May 20, 2012

Keychain Nama Yaya Ownly


Tempahan keychain nama lagi. Macam-macam nama ada nih, kerja dok mengunting huruf je. Kecik-kecik biarpun rumit tapi seronok bila dah siap. Jadi leka dok membuatnya. 

Domokun Pelik


Domokun pelik nih dibuat untuk anak mak saudara. Warna pun pelik-pelik warna oren dan kelabu. Apa-apa je lah kan, layan je.. Suka dia dapat domokun pelik nih.

Thursday, May 17, 2012

Keychain Hari Guru Qasdina

bhgn depan & belakang sebelum dijahit

bahagian depan

bahagian belakang

Kali nih nak tunjuk order dari Qasdina plak. Dia nak keychain nama untuk diberikan pada cikgu dia. Nak sebiji sama macam keychain nama hari guru yang saya buat untuk anak buah kak yus nih. Bila dah siap dia kata sayang nak bagi cikgu. Apa-apa pun selamat hari guru untuk cikgunya.

Wednesday, May 16, 2012

Tag Selamat Hari Guru


Tag nih saya buatkan untuk adik. Dia nak bagi cikgu dia sempena hari guru pada hari nih. Selamat Hari Guru buat semua cikgu-cikgu. 

Monday, May 14, 2012

Bantal Love Comel

Bahagian Depan

Bahagian Belakang

Item Name : Bantal Love Comel

Item Code : CP 001

Size : 20cm x 22cm

Price : RM 18.00

Cute pillow bentuk love nih diorder oleh Lisa. Dia nak yang simple sahaja. Mula-mula takde keyakinan sangat nak buat love pillow nih sebab takut tak menjadi. Tapi bila dah buat rasa seronok plak, lagi-lagi bila ramai yang suka. Bantal love comel nih jugak sesuai dijadikan bantal hiasan dalam kereta dan juga sebagai hadiah kepada seseorang. =)

Friday, May 11, 2012

Keychain Nama Hari Guru

Bahagian Depan

Bahagian Belakang

Tempahan keychain nama untuk hari guru daripada kak yus untuk anak buahnya. Awalnya saya suggest buat keychain nama petak, tapi malangnya tak cukup ruang untuk nama cikgu, panjang sangat namanya. So terpaksa di ubah ke keychain nama biasa nih, bentuk panjang. Dah selamat sampai pun hari Isnin hari tuh, respond pun bagus anak buahnya suka, comel-comel katanya. =)

Tuesday, May 8, 2012

Keychain Nama Lagi dan Lagi


Tempahan keychain nama lagi dari kawan-kawan adik. Macam-macam nama ada.

Keychain Nama Atin Izaty


Keychain nama ini milik atin izaty. Dia nak dua keychain nama untuk dirinya sendiri. Hope suka k.

Wednesday, May 2, 2012

Keychain Nama & Keychain Love


Keychain atas nih ditempah oleh acik enab untuk anaknya wanie. Pilihan warna pun dia pilih sendiri. Ada keychain nama dan jugak keychain bentuk love. Hope wanie suka dapat keychain nih daripada emaknya. 

Keychain Nama Panjang dan Petak


Tempahan keychain nama lagi. Ada dua bentuk, ada keychain nama panjang dan keychain nama bentuk petak. Thanks ye order.

 
My Craft Zon powered by blogger.com
Design by Free7 Blogger Templates Simple Clean