Monday, October 31, 2011

Paper Shredder Saya

Pandangan Hadapan

Pandangan Atas

Bagi sesiapa yang biasa buat quilling, mesti korang ada benda dalam gambar nih kan? Untuk yang tak tau, inilah dia paper shredder, mesin kecik je nih. Biarpun kecik, tapi bukan sebarang kecik nih. Banyak jugak membantu. Kita masukkan kertas di bahagian atasnya dan ia akan potong kertas tuh menjadi kepingan paper stripe yang kecil bersaiz 3mm. Jika sebelum nih saya memotong helaian kertas menggunakan pisau, agak jenuh nak memotong paper stripe kertas bersaiz 3mm tuh satu persatu.

Tapi dengan adanya mesin kecil ini segalanya menjadi mudah. Actually saya ada survey paper shredder nih di beberapa pasaraya seperti giant, tesco tapi ianya agak mahal dan sizenya agak besar, saya nak yang kecik dan murah. Lepas survey-survey akhirnya jumpa, beli online je la nampaknya. Kepada sesiapa nak mendapatkan mini paper shredder nih boleh la berhubung dengan Rainbowchick Resources.

Friday, October 28, 2011

Kereta Kecil Batch Pertama


Ini adalah kereta kecil batch pertama yang saya buat dan ini jugak merupakan last batch untuk kereta kecil nih. Sebabnya selepas nih saya akan menggunakan size standard untuk kereta-kereta yang akan datang. Kereta kecil batch pertama nih jugak semuanya dah sold out. Kalau ada yang berminat nak kereta nih jugak boleh lah order ye, saya akan buat dengan size standard ok.

Tuesday, October 25, 2011

Soft Pink Birthday Card




Handmade card datang lagi.. Birthday card jugak nih, untuk kawan adik.Kad birthday  warna soft pink. Hiasan yang simple je tak terlalu sarat dan dibahagian dalamnya saya letakkan jambangan bunga berwarna warni dalam cawan.

Saturday, October 22, 2011

Sarung Kotak Tisu Serba Pink

Pandangan Hadapan

Pandangan Atas

Pandangan Sisi
Item Name : Sarung Kotak Tisu Versi Bunga
Item Code : TBC 008
Size : 7cm x 12cm x 21cm
Price : RM16.00

Sarung kotak tisu datang lagi nih. Yang nih dah kena ambil dah. Kali nih sarung kotak tisunya serba pink dengan bunga-bunga yang kembang mekar. Bunga-bunga dan dedaunnya saya letak dua warna yang agak kontra bagi ia nampak lebih menarik dan sedap dipandang. Memang sesuai untuk dijadikan penyeri atas meja.

Wednesday, October 19, 2011

Pendrive Case Tanpa Penutup



Item Name : Pendrive Case Tanpa Penutup
Item Code : PC 002
Size : 8cm x 3.5cm
Price : RM 4.00

Kali nih saya buat pendrive versi kedua plak, versi yang nih takde penutup. Untuk versi yang kedua nih plak, korang bukan sahaja dapat pendrive tuh tapi juga korang akan dapat sekali pemegang pendrive berupa cute strawberry macam kat atas tuh, or apa-apa sahaja benda-benda yang comel ikut suka hati saya, yang pastinya korang puas hati dengan barang tersebut. Pemegang pendrive tuh multifunction ye, bukan sahaja boleh dijadikan pemegang pendrive tapi juga pemegang handphone. Kalau berminat, boleh lah order. =)

Monday, October 17, 2011

Order FINAZ




 Yang atas nih merupakan order FINAZ. Actually FINAZ nih adalah gabungan nama lima sekawan nih. Diorang order sebagai tanda persahabatan mereka. Warna tag name semua diorang yang request. Order nih jugak saya bagi free gift berupa quilling bookmark kepada mereka dengan tulisan friendship forever menggunakan stamps aje.

Thursday, October 13, 2011

Brooch Bunga Comel


Item Name : Brooch Bunga Comel
Item Code : BR 001
Price : RM0.80 each.
Ini brooch kedua hasil tangan saya. Brooch yang sangat simple tapi cantik bila dipakai pada tudung, dan jugak baju korang. Brooch ini jugak sesuai untuk dijadikan apa-apa embelishment ikut kehendak korang semua. Saiznya pun comel je lebih kurang sebesar duit syiling RM0.50 je. Ada macam-macam warna, boleh request nak yang mana satu, warna pilihan boleh tengok kat SINI. Kalau berminat boleh isi order form atau email je ke mycraftzon@gmail.com ye.

Tuesday, October 11, 2011

Strawberry


Yummy,,sedapnya strawberry. Siapa yang tak suka strawberry kan? Nih saya hidangkan strawberry untuk korang nih. Tapi strawberry yang nih tak boleh di makan la. Actually ada project dengan semua strawberry nih. Nak tau apa? Tungguuu... Sampai masanya saya bagitau.

Monday, October 10, 2011

Couple Tag Name

Front View

Back View

Atas nih merupakan tag name lagi daripada Aein. Nih versi ekspress je siap nih sebab tukang order kata nak bawak pergi Melaka. Nak warna pink. So cepat-cepat siapkan. Warna dengan bulat-bulat kat belakang semua dia yang request. Hope suka..

Saturday, October 8, 2011

Keychain Bear Comel-Comel



Huhu bear comel datang lagi.. Leka membuat bear nih, ada lagi yang tak siap nih. Yang nih hanya separuh je. Separuh lagi on da way nak siapkan, nak hantar kedai hari isnin nanti. Sebenarnya semua bear yang kat atas nih adalah order daripada Kak Ani. Dia nak 10 ekor beruang comel yang berwarna-warni. Maka terhasillah beruang berwarna-warni kat atas nih. Hope dia berpuas hati dengan semua bear tuh.

Wednesday, October 5, 2011

Kad Segera Untuk Kawan.

Pandangan Hadapan

Pandangan di sebelah dalam

Siap jugak akhirnya kad nih. Pertama kali buat kad birthday nih, still mencari-mencari lagi identiti sendiri especially untuk hiasan di bahagian hadapan. Sekarang masih bermain-main lagi untuk menghasilkan kad yang agak memuaskan hati. Just a simple card daripada saya. Di bahagian dalamnya saya letakkan bunga-bunga di dalam bowl besar.

Actually kad nih saya buat untuk seorang kawan sempena birthday dia sebenarnya. Tau pun birthday dah terlewat, sehari sebelum birthday baru tau, cepat-cepat buat dan pos. So sampainya selepas birthday dia. Sehari je sampai, sebab rumahnya masih dalam area Negeri Sembilan jugak. Hehe. Hope dia berpuas hati dengan kad nih.

 
My Craft Zon powered by blogger.com
Design by Free7 Blogger Templates Simple Clean