Thursday, September 29, 2011

Sarung Kotak Tisu Coklat Versi Bunga




 Item Name : Sarung Kotak Tisu Versi Bunga
Item Code : TBC 007
Size : 7cm x 12cm x 21cm
Price : RM16.00

Sarung kotak tisu kembali lagi. Kali nih warna chocolate versi bunga-bunga. Untuk bagi bunga-bunga tuh nampak sweet dan menaikkan serinya saya gabungkan dua warna pada kelopak bunga tuh iaitu warna peach dan jugak oren. So bunganya ada 2 ton warna yang berbeza. Kalau berminat bolehlah order ye.

Sunday, September 25, 2011

Order Tag Name Lagi


Tag Name nih diorder daripada Ali dan jugak Azri. Warna semua diorang yang request,. Kedua-duanya nak warna latarnya hitam. So buatkan aje. Gambar ambil guna handphone je nih. Tak guna kamera, baterinya takde.

Wednesday, September 21, 2011

Keychain Love Bulat-Bulat


Item Name : Love Bulat-Bulat
Item Code : LV 003
Size : 4.5cm x 4.5cm
Price : RM 3.00 each.

Keychain bentuk love datang lagi. Kali nih dinamakan keychain love bulat-bulat sebab saya letak felt bentuk bulat yang digunting kecik-kecik dan letakkan di tepi keychain love tuh. Actually bentuk love nih permintaan dia agak tinggi especially warna merah, kuning dan biru gelap, warna-warna nih cepat je habis. Keychain-keychain nih jugak sesuai untuk buat doorgift dan apa-apa sahaja ikut selera korang semua. Berminat? Klik SINI untuk order.

Monday, September 19, 2011

Quilling Bookmark


Item Name : Quilling Bookmark
Item Code : QB 001
Size : 17 cm x 5 cm
Price : RM 2.00 (buy >5 unit diskaun 25%)

Yang diatas nih ialah quilling bookmark. Bunga-bunga comel tuh dibuat menggunakan teknik quilling. Iaitu teknik menggulung kertas untuk dijadikan suatu hiasan yang comel dan cantik sekiranya kita pandai mengaplikasikannya. Bookmark yang simple khas untuk pemenang giveaway hari tuh nih.

Kata-kata pada bookmark tuh boleh dipelbagaikan ikut kehendak korang, berdasarkan kepada tema sama ada nak letak thank you, birthday, friendship or whatever. Kalau berminat bolehlah order.

Friday, September 16, 2011

Pendrive Peserta Giveaway

Front View

Back View

Item Name : Pendrive Case Smiley
Item Code : PC 003
Size : 8cm x 3.5cm
Price : RM 4.00 each.

Kali nih nak tunjuk pendrive case untuk peserta giveaway saya hari tuh. Pendrive bertemakan smiley yang comel. Tak terlampau sarat dengan hiasan sangat, dan dibahagian belakangnya saya letakkan nama setiap peserta yang menang. Hope mereka berpuas hati dengan hasil kerja tangan nih.

Thursday, September 15, 2011

Keychain Sulaman Nama Peserta


Siapnya dah beberapa hari dah sejak Ahad hari tuh, tapi baru hari nih diupload. Leka dengan buat kerja lain, tapi masih berkaitan dengan kraf jugak. Atas nih merupakan keychain sulaman benang untuk pemenang 2 in 1 giveaway aritu. Yang nih ada sikit inovasi daripada keychain sulaman benang yang saya buat sebelum nih. Saya letakkan manik yang agak besar sikit dibahagian atas tuh bagi nampak serinya. Kalau ada yang berminat nak order, bleh lah order ye.

Wednesday, September 14, 2011

Order Lama : Baby Sya


Tadi masa belek-belek gambar dalam laptop nih perasan gambar nih tak upload lagi. Comel je nih warna purple, order daripada baby sya. Actually suka buat nih sebab nampak sweet je warna tuh.

Saturday, September 10, 2011

Hairclip Bunga-Bunga


Item Name : Hair Clip
Item Code : HC 002
Price : RM 3.00 each 
(if beli sepasang hanya RM5 shj)

Hairclip datang lagi. Hairclip yang diberi nama hairclip bunga-bunga. Actually hairclip nih dibuat sempena jualan raya hari tuh. Haiclip yang nih saiznya besar plak bukan kecik macam mini hairclip yang ini. Mini hairclip dah habis stok dah.. Hairclip nih menggunakan 3 layer ataupun lapisan felt yang berlainan warna. Sangat comel diletakkan sebagai perhiasan di kepala. Kalau berminat boleh order.

 
My Craft Zon powered by blogger.com
Design by Free7 Blogger Templates Simple Clean