Wednesday, August 24, 2011

Sarung Kotak Tisu Bunga Kuning




Item Name : Sarung Kotak Tisu Versi Bunga
Item Code : TBC 006
Size : 7cm x 12cm x 21cm
Price : RM16.00

Sarungkotak tisu warna biru kembali lagi, tapi kali nih dengan bunga yang berwarna  kuning. Bunga kembang mekar yang seakan hidup jika dipandang seimbas lalu kan. hehe.

Tuesday, August 23, 2011

Sarung Kotak Tisu Green




Item Name : Sarung Kotak Tisu Versi Bunga
Item Code : TBC 005
Size : 7cm x 12cm x 21cm
Price : RM16.00

Sarung kotak tisu datang lagi.. Kali nih warna hijau plak dengan bunga berwarna putih suci. Geram je rasa macam nak kutip satu-satu bunga kat atas nih.

Sunday, August 21, 2011

Mini Hair Clip


Item Name : Small Hair Clip
Item Code : HC 001
Price : RM2.00

Salam all.. kali nih nak memperkenalkan produk terbaru daripada Mycraftzon nih. Produk berupa hair clip. Mini hair clip yang sangatlah cute. Sesuai untuk diletakkan di atas kepala si comel anda. Bila pakai nih mesti si comel nampak bertambah comel, cute dan bertambah happy. Jom rebut peluang yang ada nih.. Kini tinggal 4 pasang je yang ada, daripada 10 pasang semuanya.

Thursday, August 18, 2011

Sarung Kotak Tisu Versi Bunga2



Item Name : Sarung Kotak Tisu Versi Bunga
Item Code : TBC 004
Size : 7cm x 12cm x 21cm (medium size)
Price : RM16.00

Sarung kotak tisu datang lagi nih.. Bunga-bunga comel tuh berwarna ungu dan sarungnya berwarna biru gelap. Sebuah kombinasi yang menarik. Nampak comel dan sweet je. Kalau berminat boleh order ye. Hantar email ke mycraftzon@mail.com

Tuesday, August 16, 2011

Sarung Kotak Tisu Versi Bunga Ros




Item Name : Sarung Kotak Tisu Versi Bunga
Item Code : TBC 003
Size : 7cm x 12cm x 21cm (medium size)
Price : RM16.00

Sarung kotak tisu datang lagi.. Kali nih sarung kotak tisu versi bunga-bunga plak. Terdapat 8 kuntum bunga ros yang comel-comel yang berwarna cream.  Dihiasi dengan dedaun yang kecil di bahagian bawah setiap kelopak bunga. Biar pun agak rumit dan leceh nak membuat bunga dan daun-daun tuh tapi bila dah siap, puas hati.. Kehadirannya akan menyerikan lagi meja tamu anda semasa lebaran nanti. Berminat? Boleh email ke mycraftzon@gmail.com ye.

Saturday, August 13, 2011

Sarung Kotak Tisu




Item Name : Sarung Kotak Tisu Bebunga
Item Code : TBC 002
Size : 7cm x 12cm x 21cm
Price : RM15.00

Yeah, kali nih ready made jugak. Hanya ada satu sahaja. Kotak tisu ready made versi bunga. Sama macam sarung kotak tisu yang mula-mula sekali saya buat, huhu susah-susah buat bunga tuh pun, nak jugak buat sampai dapat, cuma kali nih saya tambahkan 2 kuntum bunga pink tuh je sebagai penyeri. Tak banyak hiasan sangat, and just a simple one with the affordable price. Khas sempena lebaran bakal tiba nih sahaja. Lepas tuh, ia akan kembali ke harga asalnya semula. Nak tambah manik-manik pun boleh.. =P

Thursday, August 11, 2011

Sarung Kotak Tisu Versi Strawberry




Item Name : Sarung Kotak Tisu Versi Strawberry
Item Code : TCB 001
Size : 7cm x 12cm x 21cm
Price : RM15.00 each
Status : Available

Kali nih nak memperkenalkan sarung kotak tisu ready made versi strawberry plak. Yang nih versi buah-buahan.. Sarung kotak tisu versi Strawberry chocolate cake yang yummy, tapi tak bleh dimakan ler. Hanya sesuai buat tatapan di mata sahaja. Yang pastinya ia akan menyerikan ruang meja makan korang semua. Terhad ye, hanya ada satu sahaja. Berminat nak order, bleh email ke mycraftzon@gmail.com ek.

Monday, August 8, 2011

Kad Raya Murah-Murah Versi Masjid

Bahagian Hadapan (HRC 002 - 1)
HRC 002 (2)

Bahagian Dalam


Item Name : Kad Raya
Item Code : HRC 002
Size : 10.5cm x 15cm
Price : RM 5.00 each

Agak penat sikit sekarang nih, kena kurangkan sikit sebarang aktiviti offline dan jugak online nampaknya. Tak bleh nak aktif sangat dah. So kali nih nak memperkenalkan kad raya ready made lagi versi masjid plak. Kad raya menggunakan teknik quilling lagi. Best gila buat nih, simple dan masjid tuh nampak cute je. Di bahagian dalamnya korang boleh la letak ucapan untuk si penerima.

Ade dalam pelbagai pilihan warna yang menarik seperti pink, biru dan merah. Versi terhad jugak nih. Setiap satu disertakan sekali dengan sampul surat untuk memudahkan korang menghantar kepada si penerima. Jom lihat lebih banyak koleksi kad raya murah-murah ini di Fanpage Mycraftzon.

Thursday, August 4, 2011

Ready Made Kad Raya Versi Ketupat

HRC 001 (1)

HRC 001 (2)

HRC 001 (3)

Item Name : Kad Raya
Item Code : HRC 001
Size : 10.5cm x 15cm
Price : RM6.00 each

Wah,, kali nih mycraftzon menawarkan ready made kad Raya plak. Kad hari raya versi ketupat daripada teknik Quilling. Ini hanyalah sampel dan hanya sebahagian sahaja dipaparkan, terdapat dalam pelbagai pilihan warna yang menarik, antaranya kuning, hijau, biru, merah dan pink. Semuanya cantik-cantik.  Di bahagian dalamnya terdapat lapisan kertas untuk menulis ucapan hari raya buat yang tersayang. Sampul kad raya juga disertakan sekali untuk memudahkan korang hantar kepada si penerima. 

Jom lihat lebih banyak lagi di fanpage My Craftzon di ruangan kad raya untuk dijual. Semestinya berbaloi untuk dimiliki. Terhad kepada enam pelanggan yang paling pantas sahaja.

p/s : nantikan kad raya versi masjid pula ye. =)

Tuesday, August 2, 2011

Sarung Kotak Tisu

Top View
Side View


Siap jugak akhirnya nih. Dalam kesibukan, sempat jugaklah menyiapkan sarung kotak tisu untuk raya nanti. Percubaan pertama untuk sarung kotak tisu nih, tak berapa puas hati sangat tapi takpe, practice make perfect kan? Hmm,,berjaya jugak membuat 8 kuntum bunga tuh..Jenuh nak membuatnya. =)

 
My Craft Zon powered by blogger.com
Design by Free7 Blogger Templates Simple Clean